Saturday, October 19, 2019

Sibuknya 2019!

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Sedar tak sedar, 2019 ni dah nak habis. Nak masuk bulan November dah rupanya. Betapa cepatnya masa berlalu. Sibuk sangat sampai tak sempat nak update blog. 


Ya, walau pun mungkin ada yang dah tak kisah pun dengan blog, tapi ni cara saya hilangkan stress dan terapi minda. So, sekali-sekala saya tetap jenguk blog ni dan kalau sempat saya akan tulis juga disini. 


*sumber Google

Thursday, December 13, 2018

Kerabu Taugeh Dan Tomato Hijau

Assalamualaikum dan salam sejahtera semua.


Lama saya tak share resepi dalam blog ni ye. Ok hari ni saya nak share resepi kerabu taugeh dan tomato hijau. Senang sangat nak buat, tapi sedap!


Jom tengok bahan-bahannya.

Segenggam taugeh
Sebiji tomato hijau
5 tangkai cili padi
Seulas bawang besar
3 ulas bawang putih
1 inci halia
Sedikit belacan
Garam dan gula


Cara nak buat sangatlah senang. Mula-mula celurkan taugeh dan toskan. Potong nipis semua bahan kemudian gaulkan dalam bekas bersama belacan, garam dan gula. Ramas sikit ya bagi keluar jus tomato dan bahan potong tadi. Masukkan taugeh dan gaul sebati. Siap! 😁




Boleh tambah atau kurangkan bahan ikut citarasa ya. Nak tambah kerisik pun boleh. Cubalah buat ya, makan dengan ikan goreng dan nasi panas-panas. 




Tadi saya gu kan dengan ikan goreng dan sayur bendi masak asam. Husband saya kata, 'I can do this all day!'. 😁  


LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...