Thursday, June 28, 2012

1001 Kenangan Di Pedalaman

Assalamualaikum semua...


Kehidupan saya di pedalaman bemula di SK Airport, Belaga, Sarawak....Pedalaman kategori ketiga (layak dapat elaun 'susah hati' RM 1500 sebulan) sebab tiada jalan darat dan tiada bekalan air dan elektrik...Jalan utama hanyalah sungai...Gunalah bot untuk ke pekan Belaga dalam 30 minit....Atau naik bot ekspres untuk ke Kapit atau Sibu...Tapi 8 jam lah perjalanannya...Nak ke airport di Bintulu, sewalah Hilux di pekan Belaga untuk kesana selama 5 jam ikut jalan balak...


Terlalu banyak kenangan di sana sampai hari ni saya masih ingat lagi....Sangat teringin nak makan lagi kuih apa ye yang macam cucur udang tapi ada letak kicap pedas tu....SANGAT SEDAP! Harap-harap ada juga yang masih ingat pada saya dan juga Fiza....Diharap, murid-murid SK Airport akan terus maju dan berjaya....Terlalu banyak cerita dan memori yang hendak diceritakan di sini.....


Biarlah gambar di bawah menceritakan segala-galanya.....


Pemandangan sepanjang sungai...Sangat mendamaikan....


Sejuk dan nyaman.....


Bot ekspres....


Penghujung jalan balak dari Belaga menuju ke bandar Bintulu...


Tu bangunan sekolah, padang sekolah dan juga rumah panjang di belakang sana....


Rumah saya dan Fiza...Tong biru untuk isi air hujan...


Semangat nak belajar tu...(^^)


Sukan tahunan sekolah....


Malas buat kerja sekolah, dia menyorok bawah meja...


Peserta Karnival BI / BM


Sungai Rajang....


Padang depan asrama...


Sukaneka untuk cikgu-cikgu dan PIBG...


Jasamu dikenang sampai bila-bila....'Pakcik' Adau...


Mutiara Rimba = pusat sumber sekolah....


Cikgu-cikgu dan staf SK Airport 2009...


Moga anak-anak murid saya menjadi orang yang berjaya.....


Sungguh, kalau tak 'dipaksa' posting ke sini, saya tak akan jumpa dengan mereka-mereka semua....
Pengalaman, memang sangat berharga dan tak dapat dijual-beli....




Wednesday, June 27, 2012

Posting Ke Pedalaman Sarawak

Assalamualaikum semua....


Anda pernah ke Sarawak?...Mesti pernah kan?..Anda pernah ke daerah Belaga?..Mesti tak pernah kan? (^^)...Saya pernah ditugaskan ke daerah Belaga di Sarawak pada tahun 2009...Tetapi semalam saya termimpi tentang sekolah lama saya...Entah kenapa...Mungkin ada yang masih ingat pada saya....


Sekiranya ini kali pertama anda dengar tentang daerah Belaga, sila baca hingga habis....Kalau sesiapa yang baru atau akan ditugaskan ke sana, silalah siapkan mental dan fizikal sebelum ke sana....Hehe cabarannya macam-macam....(^^)


Saya dapat tau tempat posting saya, satu hari sebelum majlis perkahwinan saya....Bila cek website, saya macam orang gila, menangis sambil mengadu pada suami....Kami dah nikah, cuma kenduri saja baru nak buat....Remuknya hati saya bila ditugaskan di sana dan terpaksa berjauhan dengan suami....


Saya kecewa dan hampir membatalkan majlis kenduri saya...Tapi keluarga bagi semangat supaya kenduri perlu diteruskan walau apa pun yang terjadi....Semua tetamu dah dijemput....Berendam air mata saya siapkan segala persiapan terakhir kenduri saya....


Hari kenduri, saya senyum di hadapan tetamu.....Tapi dalam hati, Tuhan saja yang tau betapa luluhnya hati saya...Baru nak kenal keluarga baru dan insan yang bergelar suami, tapi dugaan pula yang tiba....Saya redha....


Hari saya ke Sarawak, suami hantar saya hingga ke KLIA saja....Waktu salam dengan suami sebelum masuk ke balai berlepas, perasaan saya tak dapat nak digambarkan dengan kata-kata...Teramat sayu....Airmata peneman setia walaupun saya cuba nak jadi kuat dan tabah...


Saya dan rakan-rakan yang lain berkumpul disitu ramai-ramai dan naik pesawat MAS dan tiba di Sibu....Hati saya terasa kosong sepanjang perjalanan....Mujur saya jumpa seorang rakan dalam pesawat yang ramah dan dari Utara juga...Fiza namanya....


Bila sampai, kami ditempatkan di hotel di Sibu....Sehari di Sibu, (atau dua hari, saya dah lupa) kami ke Kapit, naik bot ekspres....Kami bermalam di situ pula....Esoknya, naik bot ekspres selama 8 jam, kami dibawa ke sekolah masing-masing....Sepanjang perjalanan, beberapa orang cikgu turun bila sampai ke sekolah masing-masing....Kebanyakan sekolah nampak daif dan di tepi sungai saja...


Dalam perjalanan, kami jumpa jeram Pelagus....Jeram yang kuat arusnya dan berbahaya....Mujur tiada apa-apa yang berlaku....Kami yang pertama kali tengok jeram tu dengan air berpusar-pusar laju, hanya mampu berdoa moga semuanya selamat....


Akhirnya, nama saya dan Fiza dipanggil dan diarahkan turun dari bot....Kami satu sekolah!...Lega rasanya....Dengan keadaan terpinga-pinga tengok keadaan sekolah, kami disambut oleh warga sekolah....Saya terpaksa menumpang di rumah seorang staf sekolah....Fiza terpaksa tumpang di rumah seorang cikgu sekolah....



Jambatan nak ke sekolah....
Kanan: Rumah saya dan Fiza selepas usaha menukar kantin lama menjadi rumah kami.
Kiri: Bangunan sekolah



Maka bermulalah episod kehidupan kami disana...Tapi saya akan sambung dalam entry berikutnya...Nanti dah jadi macam novel pula kalau sambung cerita....(^^)



Monday, June 25, 2012

Make Up Sampai Suami Pun Takut!

Assalamualaikum semua...


Saya rasa mesti ramai pembaca blog saya ni perempuankan?..Macam biasa, kalau dah namanya perempuan, 90% mesti terasa nak make up dan solek cantik-cantik, tak kiralah untuk keluar bekerja, berjalan-jalan atau pun make up untuk tatapan suami sahaja kan?


Sebenarnya kita semua bertuah sebab dilahirkan sebagai makhluk Tuhan yang sangat molek kejadiannya...Semua orang dilahirkan CANTIK! Cuma kita kena pandai jaga kecantikan tu...Saya pernah make up waktu nak dating dengan suami...Eh dating selepas kahwin ya, bukan dating masa belum kahwin tu (^^)...Baru siap pakai celak...Terlebih hitam celak mata saya...Tup-tup suami saya tegur,


"Kalau ya pun nak make up, janganlah sampai suami sendiri pun takut."


Saya gelak besar saja bila dengar dia cakap macam tu...Saya pun sapulah balik buang celak tu bagi nampak light saja...Hmm saya terfikir, apalah agaknya yang dirasa oleh wanita di luar sana yang memang tabiatnya pakai make up tebal-tebal? Rasa cantikkah? Apa pandangan lelaki ya, kalau jumpa wanita yang make up tebal seinci ni....Pandang sebab cantik atau pandang sebab rasa pelik?


Kalaulah saya make up macam di bawah ni, mahunya pengsan suami saya....(^^)


sumber: becomegorgeous.com


Atau pun macam ni.....Errrkkk....



sumber: colourbox.com



Saya sendiri yang pengsan...(^^)















Apa Maksud Seashells?

Assalamualaikum semua....


Hari ni di sekolah saya, diadakan sukantara...Maklumlah hari Sabtu ni nak diadakan sukan tahunan dah...So, minggu ni sibuk dengan segala persiapan...Semua guru dan murid terlibat...Selepas perhimpunan rasmi, acara diteruskan sampai pukul 10.30 pagi...Selepas tu sambung belajar macam biasa...


Hmm budak-budak pun dah 'wangi sangat-sangat' dah waktu ni (^^)...Saya cuma tinggal satu kelas saja lagi sebelum balik...So, saya pun masuk ke kelas pada pukul 12.20 tengah hari sampai 1.20 petang...Kelas last sekali tahun 4, ajar BI...


Hari ni dah plan nak buat vocabulary dengan budak-budak tu...Dengan sisa-sisa semangat nak mengajar yang ada, (hehe dah berpanas tadi di padang, cikgu pun dah 'wangi'...kuikuikui...Rasa tak selesalah) saya pun tulis beberapa perkataan di whiteboard...


Murid kena cari maksud dulu (huhu kelas belakang, lack of ability to read and write...Especially in English, so, sayalah yang kena tolong bagi maksud) kemudian saya bagi word puzzle untuk dicari perkataan-perkataan tu semua...Salah satunya ialah 'seashells'....Bila saya tanya apa maksud seashells, ada seorang murid lelaki angkat tangan...Dengan muka confident dia menjawab....


"Ala saya tau...Saya pernah nampak...."


Saya ingat dia dah nak bagi jawapan yang betullah sebab rumah dia dekat dengan pantai....Mana tahu kot-kot dia memang dah tahu maksud seashells tu apa....Sekali dia jawab macam ni daaaa.....


"Saya tau, Shell ada, Petronas ada, Mobil ada, Caltex pun ada teacher....."




vs






Adehhh...terus rasa nak pitam! Tadi berpanas di padang pun tak rasa macam nak pitam...Itu semua nama stesen minyak cek oiiii...Hmm nak gelak tak gelak sama banyak saja...Betul juga jawapan dia...Memang ada...Tapi bila diterangkan maksud sebenar barulah dia pun tergelak sama....


Sabaq sajalah budak oiiii....

Sunday, June 24, 2012

Rope Walk Pulau Pinang

Assalamualaikum semua....


Di hari minggu ni, suami saya ajak jalan-jalan cuci mata di Rope Walk, dekat Stadium Bandaraya, Pulau Pinang...Dah banyak kali dah ke sana, tapi lupa nak buat entry pasal tempat ni...Hari ni saya promo Rope Walk pula....Macam tukang promo tempat-tempat best di Penang saja hehehe...Bagus juga, siapa yang tak tahu lagi apa yang ada di Penang ni, bolehlah buat rujukan....(^^)


Terletak di Lorong Kulit, Pulau Pinang, pasar lambak atau flea market ni dibuka dari pukul 8.00 pagi sampai 2.00 petang...Macam-macam yang dijual disini...Ada kasut, buah-buahan, barang handphone, pokok-pokok bunga, haiwan peliharaan seperti ikan, arnab, hamster, barangan terpakai, baju, jeans, jam, kacamata, barangan antik dan macam-macam lagi....


Harga murah-murah saja....

barangan antik - sumber: akubiomed.com
suasana Rope Walk - sumber: akmamrecipe-collection.blogspot.com
gerai buah - sumber: mizuary.com


pokok bunga - sumber: tazzzlia.blogspot.com



Dalam ramai-ramai orang dan banyak-banyak benda menarik yang dijual di situ, saya tersentuh hati tengok seorang makcik tua ni yang sedang tadah tangan....Rasa macam nak menitis air mata sebab muka makcik tu iras-iras arwah mak saya....Suami saya pun perasan, tapi tak nak cakap pada saya takut saya sedih pula....


Bila saya search Rope Walk di Google, saya terjumpa gambar makcik ni!

sumber: anasfadilah.blogspot.com


Saya dah jalan ke depan, tapi hati saya masih teringat pada makcik ni...Rasa sebak pula...Saya patah balik dan hulurkan apa yang patut...Baru rasa lega...Harap-harap ada yang tolong makcik ni...Moga-moga hidup makcik ni dipermudahkan.....Aminnn....

Saturday, June 23, 2012

Anak Murid Kenyit Mata Pada Cikgu

Assalamualaikum semua....


Saya tengah mengajar di kelas tingkat bawah tepi tangga....Tiba-tiba ada murid lelaki lalu dan panggil saya....Saya ingat ada murid nak sampaikan apa-apa pesanan dari pejabat atau pun apa....Saya pun stop sekejap mengajar dan paling pada budak tu....


Sekali dia wink! kenyit mata pada saya dan sengih dengan muka bangga....Terus jalan dan naik tangga nak ke tingkat atas....Saya terkedu seminit....Budak ni memang melampau....Saya tak pernah ajar dia, tak pernah bergurau dengan dia, tak pernah bercakap dengan dia, tak pernah take care pasal dia, tak pernah rapat dengan dia, tup-tup kenyit mata pula pada saya....



Saya rasa terganggu dengan situasi tu...Mungkin ada yang kata, alah biasalah tu budak-budak nak bergurau...Tapi NO...Budak tu bukan kategori yang suka kacau orang dan usik-usik kawan-kawan...Apatah lagi cikgu...Dia pendiam...Tapi berani dia buat macam tu...Entah kenapa....


Budak baru meningkat usia ni, patut dibentuk untuk jadi budak yang tahu hormatkan orang yang lebih tua....Perlu diajar mana yang boleh dan tak boleh dibuat....Ada kes di sekolah yang berkaitan dengan kes-kes yang lebih kurang....Dari bergurau jadi serius sampai melibatkan ibu bapa, JPN dan polis....Huishhh macam jahat saja murid-murid di sekolah saya kan?


Hehehe taklah, budak-budak tu semua ada macam-macam fiil...Isu kecil saja, tapi dibesar-besarkan...Ok, stop, tak boleh cerita lebih-lebih...Tapi saya tak nak budak tu jadi macam kes-kes tu la....So, saya bagi tahu pada cikgu disiplin....


Tup-tup perhimpunan pagi esoknya, semua murid diberi 'syarahan percuma' oleh cikgu disiplin....Tentang murid yang tak hormatkan cikgu dan macam-macam lagilah....Budak tu pun dipanggil dan diberi 'kaunseling percuma'....Aduhhh menangis juga....


Waktu nak balik, murid tu datang jumpa saya...Dia cakap dia minta maaf dan tak sengaja...Saya tanya kenapa dia buat macam tu....Dan jawapan dia, "Mata saya masuk habuk"....Aduila budak oiiiii....Cikgu tau nak bezakan macam mana mata masuk habuk dengan mata gatal nak kenyit....


Saya cuma pesanlah pada dia, jangan buat lagi pada mana-mana cikgu pun....Cuba hormat cikgu sebagai cikgu dan bukan sebagai kawan....Saya malas nak cakap lebih-lebih....Niat cuma nak bagi dia tak terjebak nak buat perkara yang lebih daripada tu saja.....Harap-harap dia ingat....


Friday, June 22, 2012

Masih Jerebu Di Pulau Pinang....

Assalamualaikum semua....


Kebanyakan tempat di negara kita dilanda jerebu kan?..Samalah di Pulau Pinang yang masih berjerebu....Hujan dah dekat seminggu tak turun...Cuma kelmarin adalah turun sekejap saja waktu di sekolah...Ingatkan dah ok sikit jerebunya, tapi sama juga.....


Cuaca pun panas...Macam manalah kami nak buat sukan tahunan sekolah hujung bulan ni eh?...Takut ada parents yang tak bagi anak-anak join sebab musim jerebu dan panas ni, sama dengan musim demam dan penyakit....


Semalam, waktu atas Jambatan Pulau Pinang, saya ada ambil gambar keadaan jerebu di pulau dari atas jambatan...Cubalah tengok....Macam keadaan berkabus waktu subuh pula....Harap-harap tak lamalah jerebu ni....







Panas terik, silau dan kering saja rasa....Memang kena bawa air walau nak kemana....
Air masak yang paling mujarab....

Thursday, June 21, 2012

Bonet Terbuka Di Tengah Jalan!

Assalamualaikum semua...

Fuh, hari ni saya jadi saksi kejadian yang tak sepatutnya terjadi di jalan raya....Saya dan suami dalam mood nak meronda cari kereta selepas balik dari sekolah...Kami nak ke Bayan Baru.....Dari roundabout Bayan Lepas kami tengok ada kereta kancil terbuka bonetnya....Adehh sure kereta rosak ni di tengah-tengah jalan....

Tapi bila traffic light hijau, kancil tu pun jalan juga....Eh? tak rosak pun....Saya dan suami berada selang beberapa kereta di belakang kancil tu....Dalam ramai-ramai manusia yang bawa kereta dan motorsikal sepanjang jalan tu, tak ada seorang pun yang cuba bagi tahu driver si kancil tu yang bonetnya terbuka....Ternganga luas....




Saya tengok orang sekeliling cuma pandang dan gelak saja...Sebenarnya kami berdua pun tergelak juga bila nampak....Tapi timbul rasa geram pula bila dah jauh bergerak sampai ke Bayan Baru, tak ada siapa pun yang bagi hon atau cuba bagi tahu pada si driver...Kereta yang di belakang kancil tu pun buat derk saja....Tak kan tak nampak benda jadi depan mata!  

Suami saya potong semua kenderaan tu dan cuba kejar si kancil tadi...Saya nak juga bagi tahu pada driver kancil tu...Confirm driver tu tak perasan bonet terbuka tu...Tak kan saja-saja dia nak buka bagi angin masuk kot...Kesianlah...Nanti entah sampai kemana dia bawa kereta dengan bonet tersengih macam tu....Akhirnya, kami betul-betul di belakang kancil....





Kami cuba nak potong kancil ni, tapi tak boleh pula, sebab dia bagi signal nak ke kanan...Bukan main lagi kona baring kancil ni...Terpaksalah kami ikut...Bila masuk simpang, mujur traffic light warna merah...Cepat-cepat suami saya berhenti di sebelah kancil tu dan saya buka tingkap....

Aunty Cina yang bawa kancil tu....Dengan suara yang sopan (tak naklah dia terkejut pula bila bagi tahu secara kelam-kabut) dan senyum, saya cakap:

"Aunty, bonet kereta Aunty terbukalah...."


Sambil tengok ke belakang.....Dengan suara terkejut:

"Aiyaaaa....saya tak tau maaa....."


Sambil gelak-gelak:

"Dari roundabout lagi dah terbukalah Aunty"


Pun sambil gelak-gelak:

"Hahaha aiyaaaa.....saya tak tau maaa....Thank you arrrrr...."


Fuhh, lega bila saya dah bagi tahu pada Aunty tu....Bila lampu hijau saya nampak Aunty tu bagi signal dan berhenti di tepi jalan....


Hairan saya dengan sikap orang sekeliling....Bukan nak kata kami berdua baik dan berhati mulia, NO....Tapi benda macam tu tolonglah sibukkan diri anda tegur pemandu tu....Tak kiralah siapa pun...Apa bangsa sekali pun....Ni tidak, kalau yang bersangkut-paut dengan hal rumahtangga atau yang sewaktu dengannya, barulah sibuk dan rajin betul nak busybody hal orang......


Haishhh...apalah nak jadi dengan manusia sekarang...
Meh sini saya ajar Sivik meh.... 

Foot Detox Patch Untuk Buang Toksik

Assalamualaikum semua...


Ada tak siapa-siapa yang pernah cuba foot detox patch? Apa kesannya? Apa jenamanya?...Boleh kongsi di sini ya....Saya nak kongsi pengalaman guna foot detox patch ni, jenama Adilar Resources....Ada tak yang guna jenama ni?




Saya mula pakai foot detox ni pun sebab nak hilangkan lenguh di kaki....Dan saya rasa macam badan saya ni dah banyak toksik....Bersenam pun setahun sekali, makan pula macam-macam, so, banyaklah toksik yang terkumpul....huhuhu


Kakak saya yang introduce foot detox ni....Dia cakap bila banyak berjalan dan sakit kaki, pakai foot detox ni terus hilang....Saya pun cubalah....Sekotak ada 10 keping....




Mula-mula saya pakai, huiii....tak sampai 5 minit, saya rasa berat sangat kaki saya, tak boleh nak angkat!.....Kemudian saya rasa makin lama makin berat....Rasa dari kaki, kemudian naik ke atas sampai tangan saya pun tak boleh nak gerak!....Risau juga pada mulanya.....Tapi saya biarkan saja....Mulalah rasa lenguh-lenguh sana sikit situ sikit....


Suami saya pakai ok pula....Cuma rasa macam semut-semut di tapak kaki....Saya pakai sebelum tidur sebab kena pakai sekurang-kurangnya lima jam....Bila bangun pagi esoknya, saya tengok inilah hasilnya....Yang kiri hitam tu yang saya, yang kanan tak berapa nak hitam tu suami saya....




Huhu banyaknya toksik dalam badan saya....Waaaa nak buat macam mana ni nak buang toksik?....Saya pakai selang sehari....Bila dah pakai banyak kali, kaki saya dah tak berat macam mula-mula pakai....Nampak adalah kesannya....Tapi still hitamlah....Bukan coklat....


Harap-harap foot detox ni membantu saya buang toksik dalam badan....


Wednesday, June 20, 2012

Hantu Laksa Penang!

Assalamualaikum semua....

Tiba-tiba rasa nak buat entry tentang hantu laksa Penang ni...Sebab apa? Sebab ada semangkuk laksa di tepi saya ni (^^)...Laksa yang dijual di Jelutong...Memang sedap! Siapa peminat laksa Penang?


laksa Padang Broom

Saya dah rasa laksa dari macam-macam negeri, tapi tak boleh nak makan....Tak kena dengan tekak dan selera kot....Dari kecil memang saya sukakan laksa....Tak kiralah siapa yang buat, semua saya makan....Tapi bila dah besar sikit, barulah demand laksa mana yang sedap, laksa mana yang kurenggg....


Disebabkan suka sangat laksa, saya sanggup belajar buat laksa daripada arwah mak saya....Sekarang kalau setakat nak buat laksa tu no hal la....InsyaAllah....Saya buat ikut selera sayalah, macam sedap....Tak tahulah kalau orang lain rasa tak sedap....hehehe...Janji saya kenyang...(^^)


Dulu saya buat kuah laksa, guna ikan kembung....Disebabkan leceh nak kena rebus dulu, kemudian asingkan isi dengan tulang sebelum blend, saya guna ikan sardin dalam tin saja....Rasanya sedap juga....Tak payah susah-susah nak rebus-rebus....Masukkan terus dalam periuk....Tak kotor dan tak bau ikan pun....


Waktu saya di Sarawak dulu, ada saya buat laksa Penang untuk jamu kawan-kawan di sekolah saya...Lega sebab kawan-kawan saya sudi makan....Punyalah semangat nak jamu, sanggup beli laksa dari Penang, bawa balik sana dan buat kuah guna ikan sardin saja....Sekolah pedalaman, susah nak cari ikan kembung fresh.... 


Ok, jom layan tengok gambar-gambar laksa Penang yang saya ambil dari encik Google....

malaysia.com
pendambamawar.blogspot
siapalebihtahu.blogspot
izanman.fotopages.com

embunmenitis-yaya.blogspot.com



Ada yang teringin dan terliur? Cepat cari laksa!! Mujur saya tengah makan laksa....Kalau tak, memang entry ni tak sempat siap, saya dah ajak suami saya cari laksa....


Memang hantu laksa....(^^) 
























Tuesday, June 19, 2012

CPT Cambridge Test For English Teachers

Assalamualaikum semua...


Lama tak update blog saya ni...Macam-macam hal kena buat sejak dua menjak ni...Terpaksa lupakan blog saya ni sekejap....


Ok pernah dengar tak tentang CPT Cambridge Test? Saya pun baru dua tiga hari ni saja tahu tentang test ni....Semua guru BI di sekolah di Malaysia kena ambil ujian ni....Sebabnya, nak menentukan kursus yang bersesuaian dengan keperluan MBMMBI yang dilaksanakan sekarang....So, kami semua 'bertuah' hari ni sebab kena ambil test ni tadi..huhuhu.


Kami semua guna laptop sendiri saja dan perlu ada headphone....Tapi elok saja saya sampai di rumah lepas balik sekolah tadi, terus headphone saya patah! Chehhh....mujur sempat guna masa test tadi....




Test ni ada reading dan listening....Kena ada token sebelum ambil test ni ok...Semua soalan tak sama dengan soalan yang dijawab oleh orang lain...So, kalau duduk sebelah-sebelah pun tak dapatlah nak guna toyol untuk meniru...hehehe


Lagipun, masa menjawab 30 minit sahaja....Tak pasti berapa soalan tadi...Semua soalan mesti dijawab, kalau tak, soalan seterusnya tidak dipaparkan....Mengikut maklumat, sekarang dah fasa kedua....


PELAKSANAAN FASA 1 : (7 – 10 MEI 2012)
Kedah, Kelantan, WP KL dan Melaka.

FASA 2 :

Perlis, Pulau Pinang, Perak, Selangor, WP Putrajaya dan Negeri sembilan.

FASA 3 :

Johor, Pahang, Terengganu, WP Labuan, Sabah dan Sarawak.


Untuk rujukan, klik di sini:





Friday, June 15, 2012

Pakcik Karipap....Ehh Bukan Makcik Karipap Raja Lawak Ok...

Assalamualaikum semua....


Tadi saya dan suami singgah makan di Medan Suri, Sungai Nibong...Of course la di Pulau Pinang (^^)...Kami singgah untuk makan selepas suami jemput saya dari sekolah....Memandangkan dah pukul 3.50 petang, kami decide nak makan yang ringan-ringan saja...Err ringan ke kalau seorang makan mee jawa dan seorang lagi makan roti canai....hehehe


Tengah makan tu, tiba-tiba dengar "Maiiiii karipap..."....Saya pun tercari-cari juga dari mana datangnya suara tu...Tengok ada seorang pakcik jinjing bakul sambil kendong plastik yang diisi dengan kuih...Sambil dia jalan-jalan dan tanya pada customer yang makan di situ dari meja ke meja, dia laungkan "Maiiiii....karipap..."


Saya tengok tak ada siapa pun beli....Kesian pula....Pakcik tu tanya saya, nak beli karipap? Saya cakap tak apalah, sebab tengah makan....Dia pun pergi ke meja lain....Suami saya cakap pakcik tu orang susah, tapi dia tak minta sedekah, sanggup jual kuih cari rezeki yang halal....Terus saya rasa simpati pula....


Bila pakcik tu patah balik ke arah kami, terus saya suruh suami saya beli karipap, masalodeh dan vadei...Errr seriously tak tau nak eja dua kuih tu...hehehe....Karipap tu sedap, besar, lebih kurang macam ni....

ni saya ambil dari google ok...tak sempat ambil gambar =)

Bila kami beli, lepas tu barulah ada customer lain yang beli....Dan ada lagi, dan lagi, dan lagi, dan lagi....Ramai pula yang beli....Saya tengok saja pakcik tu jual....Saya dan suami senyum sebab saya cakap, memang kita kena mula beli dululah kalau ada orang jual apa-apa....Lepas tu baru ramai yang akan ikut beli....


Memang macam tu lah selalunya....Kalau ke kedai makan pun, mula-mula kosong, bila kami sampai dan order lepas tu barulah ramai dan penuh pula semua meja....Pernah tak anda perasan benda macam tu terjadi pada anda? Seolah-olah kami ni pembawa rezeki pada pakcik tu pula....


Alhamdulillah, murah rezeki pakcik tu tadi....(^^)


Wednesday, June 13, 2012

Pulau Pinang Dilanda Jerebu Sederhana

Assalamualaikum semua....

'Pulau Pinang dilanda jerebu sederhana


GEORGE TOWN: Beberapa kawasan di sekitar Pulau Pinang di sini dilanda jerebu tahap sederhana dengan bacaan indeks pencemaran udara (IPU) sekitar 65 hingga 76 hari ini.

Menurut laporan laman web Jabatan Alam Sekitar (JAS), bacaan IPU di kawasan Seberang Jaya mencatatkan 72 pada jam 7 pagi dan meningkat kepada 76 pada jam 11 pagi dengan jarak ketampakan tujuh kilometer.

IPU di Perai pula mencatatkan bacaan 66 pada jam 7 pagi dan 70 jam 11 pagi, di USM (65) pada jam 7 pagi dan 67 pada jam 11 pagi, masing-masing merekodkan jarak ketampakan enam kilometer.

Sementara itu, Pengerusi Jawatankuasa Kesihatan, Kebajikan dan Alam Sekitar negeri, Phee Boon Poh ketika dihubungi Bernama berkata, jerebu yang melanda Pulau Pinang sejak dua hari lepas berpunca daripada pembakaran terbuka di beberapa kawasan negeri di utara.

"Keadaan jerebu ini diburukkan lagi dengan cuaca panas dan tidak hujan sejak beberapa hari lepas, tetapi saya percaya masalah ini (jerebu) hanya sementara waktu dan akan kembali pulih dalam tempoh terdekat," katanya. - Bernama'
Ok, berita di atas saya terbaca di Harian Metro...Hmm patutlah dah dua tiga hari nampak macam berkabus saja...Bila keluar rumah pun cepat panas dan tekak cepat rasa dahaga dan kering...Musim panas pula kot sekarang ni...Mesti kena bawa air kalau nak kemana-mana ni....
Penyakit bila jerebu ialah demam, batuk, sakit tekak, pedih mata dan banyak lagi....
So hati-hati...

Tuesday, June 12, 2012

Helmet Nyaris Dicuri....

Assalamualaikum semua....


Hmmm spoiled betul mood malam ni...Tadi saya dan suami pergi ke Giant Bayan Baru nak beli barang....Naik motor sajalah sebab petang-petang memang jammed....Dah sampai di Giant, suami saya simpan helmet dia di bawah seat motor....Helmet saya cuma gantung saja di tepi seat....


Sekejap saja kami masuk beli barang, tak sampai pun setengah jam....Bila keluar tengok ada budak lelaki dekat dengan motor....Dia tengah pegang dan picit-picit sesuatu....Kami tak syak apa pun...Tapi bila sampai di motor, saya tengok helmet saya dah jatuh di bawah....Bila ambil dan tengok ada kesan tali keledar di potong....Terus rasa nak marah....


Suami saya tanya (dah tinggi suara dah sebenarnya) budak lelaki tu dia punya kerjakah?...Cepat-cepat dia kata bukan kerja dia...Kalau tak percaya tanya satu couple yang ada dekat situ....Kami nak marah pun tak boleh sebab tak nampak bukti jelas dia yang buat....Nanti berdosa saja tuduh budak tu...Dia masih lagi asyik picit-picit besi kepala lighter di situ....Kalau salah sure dia dah lari dari situ  kan?....


Kami tengok semua ok lagi, so kami pun balik....Tapi sepanjang jalan tu terfikir juga macam-macam kemungkinan....Manalah tau kalau-kalau budak tu yang potong tali tu guna besi lighter tu....Kalau nak mencuri, macam-macam cara boleh buatkan....Kemudian bila tak sempat dibawa lari dia berlakon buat-buat betulkan lighter dia di situ...


Suami saya kata kalau betul nampak budak tu yang buat, mahunya helmet tu sampai ke muka...Dah nak sangat curi helmet....Aduhh...tapi tak baik nak tuduh-tuduh, cuma terfikir macam tu jugalah tadi....Patut dari tadi, saya asyik tak sedap hati saja bila tinggalkan helmet di motor....Tertoleh-toleh nak tengok...Tapi dah masuk dalam Giant tadi, mana nak nampak....


Mujur masih ada....Cuma saya rasa ralat bila ada juga manusia yang suka buat kerja macam tu...
Tolonglah.....carilah kerja yang berfaedah dan tak menyusahkan orang lain!


Monday, June 11, 2012

You Made My Day....

Assalamualaikum semua....


Anak murid sambil tersipu-sipu malu bertanya :
Teacher, teacher ingat tak hari tu saya ada bagi tau kata saya nak bawa kek lapis Sarawak untuk teacher?


Teacher :
Ha'ah teacher ingat...kenapa?


Anak murid :
Hari tu masa Hari Guru saya tak sempat bagi.....Ni saya ada bawa kek untuk teacher....


Teacher :
Aduhhh terharunya teacher.....Thank you so much tau....




Ingat betul dia dengan janji dia sebelum cuti tu....Tak minta pun...Terharu betul....Walaupun hari ni baru start enjin balik nak ke sekolah, tapi she made my day....Terus rasa happy saja hari ni, walaupun pening-pening sebab semalam tak boleh nak lelap mata (excited nak ke sekolah ke atau fikir apa entahlah, klip pok klip pok saja mata ni sampai ke subuh)


Tadi pun ada budak lelaki pegang bag saya satu jari dan belek-belek....Saya tengok saja gelagat dia....Kemudian dia kata, "Uishhh teacher bawa bag baru".....Hahahaha saya gelak saja sebab nampak sangat busybody nak tau....Lelaki tu, tapi perangai macam Makcik Bedah (ok tak ada kena-mengena dengan kak Bedah tukang cuci di sekolah ok...Saya selalu panggil orang yang busybody atau kepochi ni Makcik Bedah....Tak tau kenapa...hehehe).....Saya pakai balik bag lama....Dia kata dia tak pernah nampak....Perhati sungguh...


So, moral of the story, kalau berjanji especially dengan budak-budak, mesti kena kotakan janji...Dan kanak-kanak ni seorang pemerhati yang senang absorb apa saja...Kita yang dewasa ni kena tunjuk moral yang baik barulah boleh jadi teladan....Err ada kena-mengena tak dengan cerita?(^^)

Sunday, June 10, 2012

Mulakan Hari Esok Dengan Senyuman!

Assalamualaikum semua....


Ramai yang update dalam Facebook tentang rasa tak best sebab cuti sekolah dah habis....Esok kena ke sekolah balik....Urat-urat liat pun semua dah bersimpul kukuh selama dua minggu ni....Tak kiralah yang mengajar atau yang diajar di sekolah....hehe biasalah tu dah lama cuti....


Tapi nak tak nak, semua kena mulakan hari esok dengan bersemangat juga....Dah tugas kita, kenalah buat....Tapi esok bila dah sampai sekolah, dah jumpa kawan-kawan mesti macam-macam cerita yang keluar.....Bila tengok gelagat anak-anak murid yang macam-macam perangainya, sure hilang terus rasa malas tu....(^^)


So, kita mulakan hari esok dengan senyuman ok.....(^^)


Saturday, June 9, 2012

Kereta Untuk Dilelong...

Assalamualaikum semua....


Pernah tengok tempat kereta yang hendak dilelong tak?....Saya pun baru hari ni pertama kali dalam hidup tengok, bila suami saya ajak ke tempat auctions ni....Dulu, saya ingat kereta yang nak dilelong ni semuanya kereta yang dah tak boleh pakai sebab accident.....Rupa-rupanya kereta-kereta ni semua adalah kereta yang ditarik oleh bank....Macam-macam jenis ada....





Barulah saya tahu yang kereta ni semuanya masih ada yang elok dan tak perlu buat apa-apa pun kalau nak beli.....Tapi ada juga yang tak ada enjin, cermin pecah dan seat belakang pun ada juga yang hilang.....Yang berselut dan berlumpur pun ada.....Kesnya, owner sembunyikan kereta di mana-manalah tu sebab takut bank tarik....


Bila saya tanya suami yang memang kerjanya menjual-beli kereta ni, dia cakap kebanyakan owner kereta tak mampu tanggung bebanan hutang tiap-tiap bulan, tapi nak pakai juga kereta yang tinggi bayaran bulanannya.....Yang hilang enjin dan sebagainya tu sebab owner dah ambil dan jual sebelum bank tarik kereta tu....Ohh macam tu pun ada....


Ada juga kereta yang nak dilelong tu accident dan teruk....Saya nak ambil gambar tapi suami kata macam tak boleh ambil....So, tak dapatlah saya nak tunjuk macam mana keadaan kereta-kereta dan lori tu semua....


Kalau berminat nak tau bila next auctions, boleh juga tengok di sini:




Nilai Popular Sdn Bhd (649661-K)
Lot 392, Jalan Bagan Dalam,
12100 Butterworth
Pulau Pinang

Tel : 6-04-310-6887 / 6-04-310-6888
Fax : 6-04-310-6889











LinkWithin

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...